Assalamualaikum
photo source: pinterest
Kita selalu dengar orang kata amal ayat seribu dinar akan murah rezeki. Kalau pergi ke mana-mana, pasti kita akan nama ada kedai yang akan lekat sticker atau frame ayat seribu dinar di dinding premis mereka dan ada juga yang gantungkan frame ayat seribu dinar di rumah kediaman.
i came across this ayat many time but never once i recite this ayat until one day it just cross my mind to find out the meaning of ayat. So i i read google for the ayat with malay meaning. When i read the meaning of the ayat, i then understand.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dia duga. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.
Ayat ini jelas mengajak kita untuk bertakwa kepada Allah. Ayat ni mengingatkan kita bahawa Allah yang memberi rezeki dan Allah juga yang akan buka jalan. Ayat ni juga remind kita untuk bertawakal pada Allah, yakin pada Allah.
In other words, sekiranya kita ingin dimurahkan rezeki, berdoa minta dengan Allah disamping usaha & tawakal. Apabila kita berada dalam kesulitan, yakinlah yang Allah akan memberi jalan keluar.
Kalau kita faham maksud ayat ini, it serves as a reminder to us untuk mentauhidkan Allah. Allah Ar-Razzaq, Maha Pemberi Rezeki. Apabila kira selalu mengamalkan ayat seribu dinar, kita akan sentiasa ingat bahawa Allah yang memberi rezeki dan kita minta pada Allah dan bukan selain dari Allah..
Percaya bahawa dengan mengamalkan ayat ni akan murah rezeki sebenarnya tanpa sedar kita melakukan syirik sebab yang memberi rezeki itu adalah Allah, Al Razzaq bukan sebab kita amal baca ayat seribu dinar.
Perbetulkan niat kita. Amalkan ayat seribu dinar untuk meningkatkan ketaqwaan kita pada Allah. Menjadikan amalan untuk membaca ayat seribu dinar adalah untuk kita tanam dalam jiwa dan sentiasa ingat yang Allah, Ar-RAzzaq adalah pemberi rezeki dan kepada Dia tempat kita meminta. Bukannya percaya ayat seribu dinar itu yang murahkan rezeki akan murah kita.
Until next time, TTFN!!
blu4sky
18112025
Comments
Post a Comment